Tuesday, 17 March 2015

random spill





Bukak mata, tutup mata, pergi kelas, balik kelas, keluar dengan member, movie, bowling tup..tup..... dah masyk tahun akhir aku kat bumi upm, serdang ni. Rasa macam baru lagi aku tersesat cari kelas kuliah. Haha. Secara tak langsung title super duper senior dapat la aku rasa bila menghadap junior2. Dah tinggal semester terakhir ni buat aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai student upm. As if, I wish that I can turn back the time. (sentimental pulak)

Tak apa lah. Yang penting sekarang, aku nak enjoy to the fullest my left time here. Aku nak tru semua benda yang boleh aku join selagi belum grad ni. 

Sempena untuk merealisasikan pelan aku tu, aku join sukan interkolej kat upm ni. Tiap2 tahun aku join 2-3 game tapi tak adalah masuk tiap2 tahun. Cuma satu game ni aku join tiap2 tahun sepanjang aku kat upm ni. BADMINTON. walaupun aku tak sehebat mana tapi aku enjoy game ni. Bila aku dapat main, aku rasa puas dan memang confirm keluar peluh lencun bak hang. Haha.




p/s: raket adalah pinjaman daripada kolej tersayang.

Saturday, 14 February 2015

persoalan nurani

resah hati datang kembali
kembali  bersama persoalan
apakah hasrat hatiku dalam kehidupan
apa yang ingin aku cari dan cari
untuk kepuasan nurani
usah tanyakan masa mendatang
sedangkan kini aku dilanda kebingungan
apa jalan yang perlu aku lalui
untuk menemui apa yang aku dambakan

detik yang berlalu kian pergi
namun.....
aku masih dalam kotak kegelapan yang sama
tanpa cahaya yang mampu menyilaukan pandangan
aku semakin tenggelam dalam diriku sendiri
makin sukar untuk menggapai permukaan
yang bisa buat aku berpaut
yang menjadi tebing aku untuk berpaut
daripada terus tenggelam dalam kegelapan

semakin lama aku berjalan
semakin celaru pemikiranku
apakah aku melalui liku jalan yang berlainan
yang jauh tersimpang dari diri ku yang sebenar
adakah itu sebabnya aku semakin bingung
bingung dalam menacari hala tuju hidupku

masih banyak permainan minda yang  berputaran
di dalam minda
cuba mencari jalan keluar
dari benak fikiran aku ini
namun aku masih tidak nampak
jalan keluar yang mampu menyelesaikan
semua persoalan yang semakin mengaburi
pandangan mindaku saban hari



namun aku harus bangkit
daripada kegelapan menuju cahaya
yang mampu memberi  jawapan
kepada kehidupan yang akan aku tempuhi

p/s: pantang menyerah sebelum ajal





Sunday, 29 September 2013

jauh berjalan, luas pemandangan, timba pengalaman

as salam.
dah lama aku x jenguk dan luangkan masa untuk layan blogging ni. in shaa allah lepas ni, aku ada chance balik untuk menyemakkan blog aku dengan entries aku yang bakal mendatang. well, alhamdulillah aku dah x jadi orang penting dekat kolej boleh la aku layan blogging ni balik.

berbalik pada tajuk entry aku kali ni, 'JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, TIMBA PENGALAMAN'. pepatah ni memang sangat sesuai untuk pengalaman aku hari jumaat lepas. memandangkan hari jumaat aku x ada kuliah, aku ambil peluang ni untuk cari barang dekat plaza low yatt. tak kuasa aku nak redah lautan manusia time weekend. for looking the best price aku x kisah kena jalan jauh sikit. tapi x adalah jauh sangat dari upm ni.

aku dengan kawan aku decide untuk guna aje public transport.
upm (bus) ----------> ktm serdang
ktm serdang --------> kl sentral
kl sentral ------------> bukit bintang (monorail)
jalan kaki -----------> plaza low yatt
* just took around 1and 1/2 hr to reach our destination
 tak payah pening2 kepala nak cari kereta sewa, bayar tol or parking and etc...

actually ada juga HIKMAHnya aku naik public transport kali. aku dapat tengok pemandangan dari side view yang berbeza. aku dapat tengok karenah dan fiil2 manusia sepanjang perjalanan aku yang dah lama aku x nampak. sejujurnya, aku dapat belajar tentang human behavior and attitude yang dah lama aku tak guna. nampak sangat yang attitude aku tentang menolong orang yang lebih lemah dari aku still at the lowest level. 

aku jadi MALU bila kawan aku (yang berlainan bangsa dan agama) cerita pengalaman dia tolong seorang pakcik oku ni. dia cerita yang dia tolong pakcik ni melintas jalan sampai lah tolong bawak pakcik ni ke kl sentral (ktm) until dia tolong belikan tiket untuk pakcik tu. padahal tempat dia tolong pakcik tu dah dekat sangat dengan tempat yang dia nak pergi. aku terdetik dalam hati, 'Pernah ke dalam seumur hidup aku beri pertolongan kepada orang yang memerlukan sampai tahap macam tu?' dan hati dan fikiran aku cepat jer jawab 'TAK PERNAH LANGSUNG.' what a shame.

selama 21 tahun aku hidup, tak pernah aku luangkan masa aku umtuk tolong orang yang memerlukan dalam situasi macam ni. yang aku tahu, asal aku cepat sampai dahla. paling2 pun just terdetik dalam hati, 'tak ada orang nak tolong ke orang yang susah tu?'. padahal aku lupa sebagai hamba-Nya, aku jarang gunakan nikmat yang ada untuk membantu orang lain. bukan je aku rasa malu dekat kawan aku, tapi dekat diri sendiri yang selalu lebih pentingkan diri sendiri.

kadang2 kita jadi lupa dengan nikmat yang kita ada bila kita tengok ada orang yang lebih berkemampuan dari kita. padahal lebih ramai orang yang kat luar sana ada yang lebih memerlukan. sebenarnya hidayah dan keinsafan tu bukan je datang dari kawan2 yang seagama atau yang sebangsa dengan kita, padahal hidayah dan keinsafan tu ada je kat mana-mana tanpa kira masa dan tempat.

p/s: still much things to learn and to discover...in shaa allah

Friday, 10 May 2013

need time 2 rethink

as salam....
yupp aku perlukan masa untuk fikirkan balik apa yang aku dah buat sepanjang sem ni. seriously i'm getting worst from last sem. as a prove, dalam sem ni je aku dah FAIL for 2 subjects berturut-turut dalam test. 1st n the 2nd test. what a shame. what have i done to myself. not once but twice in a sem. maybe ada orang yang akan kata "normal la tu" or "tu pon nak kecoh" but for me, it had affect me mind, soul, n body. aku rasa tak bersemangat macam selalu n felt like a loser. why other people can but i can't?

aku kena duduk tenangkan fikiran n jiwa aku yang tengah serabut ni dulu dari segala macam benda yang tengah macam roller coster. kekadang aku tercabar tapi salute dengan manusia2 yang mampu handle segala macam benda tapi result gempak n excellent. masa bila diorang dapat carik masa untuk study time2 sibuk dengan segala benda yang diorang kena handle tu. diorang ni memang natural genius or hardworking genius? sumpah aku rasa tercabar.

tapi dah tersurat dan tersirat yang aku ni cuma manusia biasa. x sedar dengan takat kemampuan diri. aku jadi lupa diri dengan pencapaian yang x seberapa. leka, lalai yang aku perlukan effort yang lebih dari yang lain2. see...its my own fault but i'm still want to put all those blame to the others. wake up man. u need to do something to revive n improvise. don't let this thing drag u to the bottom kay. find the key to open the door of excellent.

p/s: just can't wait for 23/05/13 night.....in shaa allah big stone from ur shoulder will be remove away n u can think clearly like the clear water n sky.

Sunday, 22 July 2012

HOMIE...

semua orang ada tempat tinggal tetap a.k.a. RUMAH @ HOME or what so ever called they wanted. aku just nak write a short about my home. Well, nothing much that i can more about my home but what i'm really sure is, I TOTALLY LOVE MY HOME!!!! hehehe. rumah aku x de la besar or bertingkat-tingkat cam istana tu sume. cume setingkat jer but i enjoying live inside it. 









laman rumah aku time senja






gambar rumah aku a few years back...







aku suke duduk kat environment kampung coz ada banyak pokok







~ since en. rajin x datang menjengah, sampai sini jela for this time kay   (^^,)v

Wednesday, 11 July 2012

Scouting



Scouting a.k.a. berpengakap sebenarnya aktiviti yang paling aku minat giler time sekolah dulu. Especially time sekolah menengah. Memang banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat bila join aktiviti2 pengakap...camping, masakan rimba, pioneering, xpdc and so much more. Seriously, semua pengalaman dan memori time aku scouting x kan aku lupe....(insya'allah).

this time, aku just bagitau secara random + ringkas antara aktiviti yang pernah aku go through sepanjang perjalanan aku untuk achieve title "Pengakap Raja" negeri selangor. Kalau encik rajin datang melawat aku, insya'allah aku bagi detail punye...hehehe.


aku nak share pengalaman aku time XPDC dari Kuala Kubu, Selangor ke Bukit Fraser.this XPDC we were not travel by bus or bicyclr but all of us had to WALK. yupp berjalan dari kuala kubu ssehingga ke Bukit Fraser. Sejujurna memang amat memenatkan...tapi memang satu kepuasan bagi diri aku. X pernah seumur hidup aku ( betul2 time aku baru abes SPM) kene jalan lebih dari 40 kilometer. time memule dengar pasal ujian nie, rase macam gile pon ada. pengalaman baru buat aku, sebab kitaorang berjalan sambil bawak tongkat taw. But in order to become a scout king it is nothing. bak kata tagline 'Nothing is imposible'. 



--------------->  gambar2 xtvt sebagai bukti






antara check-point wajib time kat kuala kubu bharu






kawad tongkat masa pagi (bentuk ladam kuda)







time nie..kitaorang berhenti kat empangan air selangor
~ kene masak sendiri kot





next pit-stop untuk berehat
SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING






kat tepi jalan pun kitaorang kene melapor kat pemimpin yang bertugas







semakin hampir ke destinasi yang dituju







map bukit fraser








my group !!!!!





muka2 yang happening lepas xpdc




rase puas yang teramat sangat lepas xpdc




nie antara pengalaman yang x kan dapat aku lupe sepanjang hidup. tired but enjoyed. satu kepuasan yang x dapat aku ungkapkan untuk gambarkan perasaan aku lepas berjaya habiskan xpdc kitaorang nie. kepuasan yang paling hebat pernah aku rase sepanjang hidup aku.


~forever scouting.............




Tuesday, 29 May 2012

i'm back

As salam.......
Da berbulan-bulan aku tak update entry...hehehehe (^^). bukannyer MALAS tapi tak berkesempatan nak update. Bukan aku nak kata yang aku ni sibuk, tapi tulah REALITI nyer. lebih2 lagi bila dah masuk sem 2 nie makin menjadi-jadi kesibukan yang melanda diri aku nie. sampaikan nak BERSUKA-RIA macam sem lepas pon x dapat......grrrrr  [@..@]'. jangan ingat yang aku dah berhenti blogging okay. nilah cara aku nak release TENSION selain cerite kat orang lain. Mungkin aku ni jenis yang susah nak cerite ape kat dalam hati. Bukan tak percaye dengan kawan2....tapi mungkin aku rase aku tak yahlah nak tambahkan lagi masalah yang sedia ada kawan2 aku....ermmm...nice tu be alive again..hahaha

Saturday, 24 March 2012

1st edition - time memule

sebelum start buat blog, aku adelah kekadang tulis-menulis. ala2 daily report  a.k.a diary cenggitu. ni antara report yg aku terjumpe time aku dok godek dokumen2 kt netbook...hehehehe....

* nie mmg edisi lame kay.  time 2 ak still 18 thn lg ( mmg x tapis mahupun ditapis ) sume words yg kuar zaman bdk lps abes skola kay.  (^^)v
  ‎



Saturday, ‎10 ‎July, ‎2010 (23:13:05-12:51:18 AM)


PERASAAN, FRIENZ


Hari demi hari berlalu di Kolej Matrikulasi Melaka yang aku jejak sejak 10 Mei lepas. But, aku masih lagi rindu dengan rumah dan keluarga yang aku tinggalkan terutamanya mak. Aku pon tak faham sejak bila aku ni jadi seorang yang manja dan perindu. Walhal aku selalu duduk kat hutan ngan camping yang berhari-hari tak ingat langsung kat rumah ngan famili  sendiri. Hairan aku dibuatnya dek perangai sendiri. Suka menumpang manja dengan kawan sendiri walaupun diorang tak rela. Kiranye kes paksa rela la. Hihi.... ^_^'. Kelakar pun ada. Tak pasal-pasal aku panggil ______ dengan ______as' ___ngan ______ walau diorang tak suka, siap boleh marah aku balik. Haha. Tapi aku tak kisah pun kalau diorang nak marah taw maki hamun aku coz tulah ubat tok wat aku eppy n gelak.
               

                        Sometimes dalam hidup ni, kawan penting kan? tulah conclusion yang ley aku wat after two months aku duduk kat KMM ni. Walau still ade secret yang aku simpan sendiri, aku syukor gler dapat roomates cam  ______,______,_____. Diorang ni la yang banyak bersabar ngan kerenah budak2 aku ni. haha camne la diorang ley sabar kan? Konfius aku. Sedangkan  aku pon kadang2 ley naik marah ngan diri aku sendiri. Walau lawak sebangang ne aku wat diorang still ley tergelak walau aku rase  lawak tu sket pon tak klaka.
    
            But then, yang aku heran adalah kat KMM ni kan, budak2 pompuan ley terhegeh-hegeh kat budak2 laki. Yang lelaki lak, adala beberape ekor tu yang sibok 'usha' budak pompuan. Ni datang tok belajar ke tok cari pasangan? Yang tak tahannye, ley siap ade 'couple yang kene cekop coz kissing. Nauzubillah...... Diorang ni dahtak takot ke ngan azab yang tuhan da janjikan dalam Quran tu. Astargfirullahalazim. Moga2 aku dan kekawan dijauhkan la dari lakukan segala maksiat bukan je time study kat sni tapi sampai bila2.
  
                Aku sendiri ni pon da banyak sangat dosa yang malaikat catit kat bahu kiri ni hah. Tapi tak sedar2 nak bertaubat. nak wat solat taubat jauh dari niat. Ape problem aku ni? Nak dekatkan diri ngan Allah pon aku tak teringin nak wat. Erm..... nampaknye aku kne r berusaa n cari jalan tok dekatkan diri ngan tuhan. Hopelly, Allah pelihara dan jauhkanlah aku dari segala nafsu dan api amarah aku yang macam ribot ni. Apatah lagi api neraka. Mintak sesangat la dijauhkan.
  
* pergh...boley tahan gak ak ni siap tarbiah kat diri sdr kot

                Peraasaan aku terhadap 'classmates' aku lark is aku rase yang kiterang can have a beter bonding each other. Tulah yan dapat aku jangkakan kalau berdasarkan ape yang aku tengok r since thiz two months. Best kot ad classmate yang ley kamceng even lom 2 bulan kenal. Classmate aku yang pompuan r semuenye gempak ngan suke gler 'snap pic' where ever.  the boyz, erm... ni la first time aku sekelas ngan boyz yang ley dikatekan baik. Ade yang 'nerd'(naqib), pendiamm(irfan), ahli surau(abu). Klaka pon ade aku rase coz ni r first time aku ade classmate yang cenggitu. Kalau si  ______ 2, aku klasifikasika die 'as' a normal frienz coz aku cam tak ley masok ngan perangai die 2. manje seh ngalahkan aku. Hihi... klaw die taw sti aku kne bambu abes r. hahaha... While riko, erm not bad. Aku x penah sekelas ngan budak cam die r yang ley mix around ngan semue budak pompuan class kiterang. And nuar (tp ad bebdk yg pggil dye mirul)  lak, ok la coz aku slalu cari 'fight' ngan die. Memang sengaje pon. 


Coz klaw time skola dlu ade raff yang slalu aku kacau atau ley buli.     (dye yg buli ak plak kekadang) .Perangai diorang ni ley dikatekan same r. Yang paling penting ley tahan ngan karenah aku ni hah. Thatz why aku called diorang as my brother.  hihi memang x taw malu kot aku ni. Tapi sebab adenye bro cam diorang ni la aku ley exprez prangai aku yang gile2 ni sebab diorang akan layan je (padahal banyak kutuk kot). Aku x kesah ape budak laen nak cakap coz aku memang dari zaman skola suke cari pasal.
    
            So, aku harap aku dapat wat yang 'the best' kat sini. Aku taknak hampekan harapan mak kat aku. Aku sekarang ni ley dikatakan sensitif     sensible kot. Aku sendiri pon x sure since bile aku Jadi ciwek   fussy [@^@]'. Tah ape yang nak jadi ngan aku ni.

                But frienz u all the best frienz that i've get in a short time since l get in KMM. So, hopelly u all can stand with the l behave k =p. hihi.......





*p/s: ni sume ak tulis da bertahun lepas kay. jgn ade yg terase taw, law x,  aku mintak ampun siap2

Monday, 30 January 2012

bila naga keluar ???











soalan ni muncul tetiba bila abang aku tanya time kitaorang satu family tengah sedap tengok tv malam tadi.

boleh pulak dia tanya kat aku yang tengah fokus ngadap tv nie, jawab soalan dia. yupp.... soalan dia bunyi macam nie kay, "achik*, bila naga keluar?" 








then, aku pun start wondering, naga?? naga ?? aku siap tanya balik kat big bro aku tu.
 " NAGA???" and once again "NAGA???" macam gilak pun ada ( nyela mana naga wujud lagi time ni ). tapi abang aku dengan selamber badak cakap " nyelah, naga. Bila naga ada keluar??"




dalam kepala otak aku dah terbayang macam2 naga dah. nyela aku kan suka search gambar kat internet.....hehehehe. macam2 naga aku imagine. naga apa erk...


takkanlah.........


BLUE DRAGON???




BLACK DRAGON???




 
naga yang macam ni ke???


~ konpius aku   [@~@]'


so nak tak nak, aku pun jadi THINKER yang x berapa nak pikir la coz malas nak jawab soalan tu.( abang aku tu law x layan a.k.a  jawab soalan dia kang payah lak aku) HAHAHA. memula aku nak bantai jawab naga yang kuar time raya cina ( lebih-lebih lagi sekarang ni kan tengah musim RAYA CINA). 


ni la naga yang aku maksudkan kay


before mulut aku nak jawab  BANTAI naga time chinese new year tu kan, TETIBA.....aku dapat IDEA yang lain plak. dengan penuh konfiden aku jawab.......







BILA 7 BIJI DRAGON BALL BERKUMPUL



see...kan BETUL coz
ni lah  jawapan yang betul untuk soalan big brader aku...hehehehe.

       BIJAK kan AKU....hahahahaha

nak taw sebab apa tak. sebabnya, bila 7 biji dragon ball berkumpul....maka


NAGA AKAN KELUAR
menunaikan 3 permintaan yang diminta




 kalau korang ada tengok la cerita DRAGON BALL, mesti korang pun taw jawapannya...hahahaha



my first favourite cartoon 




Thursday, 19 January 2012

my pet








korang pernah tengok cerita 'Finding Nemo' tak?   saja aku kasi tanya 'coz cerita aku kali ni ada kaitan ngan   movie finding nemo ni. hehehehe


well...since aku start buat blog ni, aku tak pernah lagi cerita pasal 'pet' aku kan. jangan ingat aku yang 'rock' lagi brutal ni bukan penyayang ok. aku pun ada pet taw (actually more to family's pet). kat rumah aku, kitaorang (my big bro n me) ada bela ikan. bukan ikan air tawar taw tapi ikan air masin punye (ocean fish la kirenye). aku x ley nak upload gambar dari phone so aku try carik kat internet. ok la tu just nak kasi korang imagine sket pet aku nie.






red clown fish





ni pulak orange clown fish



nampak macam sama kan,tapi yang orange tu saiz dia kecik dari yang red. macam 1/10 saiz diorang. macam law skali imbas macam orange tu anak red. tapi law perhati betul2 nampak beza sket la. macam warna diorang tu berbeza sikit. law tengok kat internet pun tak berapa nampak. kena tengok kat aquarium kedai baru nampak beza. hehehehe. 


 tapi law dah jejak kat kedai ikan jangan rambang mata  sudah macam aku pulak. aku law dah jejak kat kedai ikan macam jumpa ngan komik. tak nak keluar dari situ. hahahaha





Sunday, 15 January 2012

exam is OVER

dengan rasminya aku isytiharkan exam untuk semester ni dah habis. as well as my first sem. macam tak caye yang aku dah ais satu sem kat upm ni. rase macam last week jer baru daftar kat kolej canselor a.k.a the forth college kat upm tu... serius dan caye lah bile aku kate yang peredaran masa yang aku alami cepat sangat..tup..tup dah midsem, then assignment time zone (yg mane aku x tido demi siapkan paperwork ngn presentation segale bagai....hehehehe). last but not the least, was my final. and right now i'm at my lovely sweetie preety homie.....OVER lak

aku cume nak bagitau yang life kat uni nie rase sangat la singkat giler..i don't know whether it just my feeling or mybe the world timing is just become more faster....PELIK bin Ajaib.  ataupun sebab bahana join venture aktiviti2 (especially KC's events) yang mane aku sendiri pun dah x berape nak ingat....hehehehe tetibe rase macam VIP lak coz join sume bende tue.

jangan x percaye bile aku tetibe aku kate yang aku join olahraga.... and the unexpected one is aku ada join hockey match  (x menang pun). aku rase yang aku da upgrade sket sisi kesukanan yang tertanam terbenam dalam diri ni...hahahaha. but i'm still worrying my academic level too, 3, 4 n so on. nyela sukan2 jugak, tapi studi kene balance skali kan?? perghh....ni dah kire kes tarbiyah diri sendiri dah nie....such a good progress then. nyela kene la improve ilmu rohani jugak right?

Tuesday, 6 December 2011

MAD is ON

well....the mission is still going to finish the last assignment 4 this sem. tp presentation still ade lg 3 huh.....seriously ak da x sabar nak habiskn sume presentation + the last assignment (consumer science tenkiu  dtg memeriahkan hidupku). and the FINAL is one month to go. PLEASE give me strength to complete all those things. ak rase 24jam untuk mase ni macam 12 jam jer.

hari demi hari yg dah berlalu, x dapat nak aku ganti atau ulang kembali. apa yg pasti jgn la aku ni lupakan diri, biarlah aku dalam keredaan dan dirahmati oleh Illahi. jadi insani yang yang tahu menginsafi diri. moga hari2 yang mendatang aku jadi lebih berani dan tabah hati. INSYA'ALLAH

Sunday, 20 November 2011

seRABUT!!!!

seriously aku rase lepas jer cuti midsem assignmen jatuh kedebuk kat dpn mate nie. bukan x taw yang semua lecturer dah bagi deadline tok assignmen tapi.............pabila kemalasan dah datang melanda, hadoi!!!!!pening kepala nak siapkan semua tu. minggu depan kena hantar 2 assignment skali gus. parah tol. tiap2 malam ada discussion. serbia giler. malam nie discuss hubungan etnik. malam esok 'consumer science'. time nie la aku wish yang law ada klon kan best...hehehehe. boleh la tolong aku buat dua asignmen dalam masa yang sama. but back to reality, life is not so easy. we've to work hard to get the best result. man, i feel like to throw up all those thing into the pool. nyela kat upm kan ada banyk kolam ngan tasik..hahhaha. as if life is so easy right. boleh buat sesuke hati macam tu.

papepon aku still blank nak wat asignmen nie..nyela baru 1st sem kot.mane la aku taw format ape yang patot aku gune? nak cari info kat mane?( i mean kat dlm library yang ahap beso gaban tu kay). punye jenuh aku cari buku referrence kat library tu, api hampeh kot.  maybe x dak rezeki huh.

aku memang dah tak sabar nak tunggu minggu ke-10 nie habis. nak pass all those assignment kat lecturer. tak sabar nak presentkan semua bende2 tue. kasi wiring dalam otak ni back to the normal condition again....serious memang dah x sabar  >_<

Monday, 7 November 2011

new level in life

alhamdulillah umur aku still panjang lagi. rasenye dah lame giler x update post baru kot. satu sebab kemalasan melanda diri + kesibukan yang menghambat aku tekejar-kejar nak settlekan something for my future. Insyaallah aku akan berusaha mengejar bekalan ilmu di dunia dan jugak di akhirat harapnye.

actually aku rase yang aku dah up satu level lagi dalam hidup. dapat jejakkan kaki kat universiti which means aku diterima masuk oleh pihak UPM. alhamdulillah.........kekawan pon same. masing2 ade rezeki diorang kat uni laen2. whether dlm atau luar negara ade yg dpt. kat malaysia nie ada yg dapat tawaran UPM (aku la tu....hehehehe),UM, UKM, UiTM, UMP, UniMAP even UniMAS pun ada. Yang kat overseas tu ada yang tercampak kat mesir, uk, rusia pun ada beb.

aku rase bangga bukan je untuk diri sendiri but also for all my friends yang berjaya jejakkan kaki kat menara gading. aku harap yang aku x kan lupa diri kat uni nanti. aku x nak jadi seorang manusia yang mudah lupa daratan dan tak mengamalkan hidup yang berlandaskan syariat agama. AMIN......

Monday, 8 August 2011

froggy day




semalam aku ade misi bersih-membersih. ni semua gara2 aku terbau bau yang kureng kat hidung aku yang serba sensitif ni. punye la aku dok usyar carik dari mane bau tue. tapi x jumpa. tue yang buat aku adakan misi membersih. dan2 aku jumpe kat celah almari ngan rak aku. adoyai...... x pasal2 aku tukar position2 perabot dalam bilik aku.

mission aku start after suboh (sbenarnye aku x ley tido balek cozt laz night aku minum kopi overdose...hehehehe). aku start keluarkan segala 'khazanah' yang bertapak dalam bilik. kaya jugak aku erk.....kaya ngan buku n paper..hahahahaha. jenuh aku. luckily by 10 morning, i'm done with those stuff





tapi yang buat aku pening + panas hati, aku jumpe lagi 'froggy  dropping' yang pada kadar pengamatan aku yang boleh dikatakan fresh lagi. BENGANG GILER!!!!!!! pening kepala aku nak bersihkan. nasib baek mak cuti hari ni. aku pon tanye la camner nak bersihkan  taik froggy. tapi yang kene bersihkan still aku la. dah nasib badan!



korang mesti pelik camner froggy boleh masukkat bilik aku kan. sebenarnya, lepas habis matrik hari tue, aku kene pindah dari bilik aku yang asal tue ----------> bilik kat belakang. sebab kakak aku nak kawen. lebih tepat aku cakap kat dapur. rumah aku dahla rumah kampung. so, faham2 jelah bile pintu belakang tue terbukak je froggy suke suki je masuk. lebih teruk lagi bile pintu bilik aku tu terlopong x tutup memang kasi chance kat froggy suruh masok la.



alhamdulillah, selesai gak kemas bilik. tapi pinggang ni macam nakpatah pun ade. nyela aku angkat bebarang aku tu bukannye ringan2 semuanye. BERAT adela. and now aku ade buat rule baru tok froggy.


NO ENTER FOR FROGGY

Wednesday, 3 August 2011

random spill




hari ni jiwa ku tidak tenang
teringatkan perasaan ku yang hilang
mencari kehilangan dalam pemikiran
apakah yang ku kehilangan?

adakah aku hamba yang lemah?
adakah aku hamba yang lalai?
adakah aku hamba yang zalim?
adakah aku sebegini hanyut dari reda-Mu Ya Allah

aku resah lagi gelisah
mencari kepastian dan pengertian kehidupan
acap kali ku bertanya pada diri
adakah aku di landasan keredaan-Mu

dalam tidur maupun jaga
ku tercari-cari sinar dan cahaya Mu
bahkan ku pohon hidayah dari Mu
agar ku menjadi muslim yang sejati

Ya Rabbi berilah ku kekuatan
menempuhi hidup dengan penuh ketenangan
diiringi keredaan mahupun keikhlasan
di atas segala pinjaman yang Engkau kurniakan
  ke atas diri kerdilku ini



AMIN..........

Tuesday, 26 July 2011

selsema datang melawat aku

dek cuaca yang kejap panas, kejap mendung dan tetiba je hujan.......finally selsema datang jengah aku. dahla kalau aku kena bukan sekejap, mau dekat seminggu (rekod yang paling lama sampai dekat 2 minggu aku befriend dengan selsema). haih......antibodi aku ni tengah low n slow ke? 


   SAKIT TEKAK + BATUK + DEMAM   
----------> SELSEMA  

dan aku sure korang pon mesti pernah rasa atau alami salah satu simptom2 yang kat atas nie kan.......tipu lah kalau x pernah  (x kan lah antibodi korang sentiasa at high level kan????) IMPOSSIBLE kalau x pernah kena.

aku nak share info2 yang ciput pasal selseme even aku taw korang lagi pakar dari aku.  HAHAHAHA





demam selsema :

-----------> biasa terjadi dekat penduduk yang tinggal kat negara2 beriklim panas atau sejuk (sejuk ke malaysia nie....hehehehe) *negara kita kan iklim dia panas dan lembap sepanjang tahun   

----------->kalau dah pernah alami, imunisasi badan akan meningkat dan store memori pasal selsema....tapi nyeke? asal aku banyak kali kena je   

*mybe ada orang yang akan lebih teruk kalau selalu exposed dengan air-cond......dan akulah salah seorang yang akan jadi macam tu   


 


simptom :
  • sakit tekak atau korang rasa tekak korang kering sehari atau lebih before selseme   
  • hidung berair- hingus cair korang dah start keluar dan akan pekat pastu....hehehehe    
  • hidung tersumbat.......susah nak nafas kasi oxygen masuk (macam aku sekarang nie)  
  • bersin2 yang akan legakan rongga2 - tapi aku bersin mau satu rumah dengar   
  • batuk   
  • suara orang akan jadi 'rock n roll'   




langkah2 pencegahan :


~ antara cara nak elakkan  
  • sentiasa basuh tangan lepas buat apa2 kerja.....especially sebelum makan   
  • elak gosok mata dengan tangan yang kotor  
  • jauhkan diri dari orang yang hidap selsema @ batuk @bersin    
  • jangan biarkan diri kesejukan atau letih melampau. dapat rehat yang secukupnya    
  • jangan gigit kuku    
  • pastikan air dalam badan secukupnya. minum 8 gelas air @ 2.5 liter SEHARI    



~semasa selsema  
  • tutup mulut semasa batuk atau bersin    
  • lap hidung dan mulut guna tisu dan buang dengan cermat supaya orang lain x kena    
  • jauhi diri dari tempat yang ramai orang    
  • jangan merokok - perokok lebih cenderung dapat demam yang lebih teruk     
  • jauhi alkohol - alkohol melemahkan keupayaan badan fight virus selsema


*aku cedok info2 nie dari internet...kalau simptom2 melarat jangan segan2 jumpe dengan doktor kay 

Sunday, 24 July 2011

aku kena virus HITMAN REBORN






watak utama dalam story nie
tsuna & reborn



sepanjang aku duduk kat rumah nie bukan je goyang aku kay. tapi ada bende2 lain yg aku buat tok buang masa aku yang berlambak-lambak nie.......hehehehehe (memang bukan untuk dicontohi). well, aku dah tengok naruto, blue dragon, dragon ball,eye shield 21 n etc.....(x cukop nk listkan). right now, aku tengah musim HITMAN REBORN. walaupon karton ni dah lame keluar tapi baru sekarang aku minat. benda lame pon best ape. aku malas nak taip pepanjang. so, aku just upload gambar je



Saturday, 16 July 2011

life after schoolage

alhamdulillah, result upu dah keluar. semua da dapat tahu uni mana yang terima dan course ape yang bakal kita ambil untuk september nanti. schooldays is over and same goes to matric life. sekarang ni, matlamat baru yang akan menjengah kita adalah kehidupan sebagai student uni. i wish that all of us can prepare oly physically but mentally as well. dan pada masa akan datang jangan la kita semua just take care 'bout study only, tapi seiring dengan pengisian rohani.

ini bukan untuk certain people, but that including myself. dan kepada kekawan yang lain, sentiassa la kita ingat dan nasihat antara kita. sesungguhnya manusia perlu menyokong antara satu sama lain. jangan takut untuk nasihatkan kekawan kita (especially me yang sentiasa perlukan orang lain untuk bagitahu kelemahan diri). insya'allah kita akan jadi student yang terbaik dunia daan akhirat.

~ nak buat persedian diri untuk jadi student cemerlang yg lengkap dengan rohani sekali dalam satu pakej

Friday, 1 July 2011

SELAMAT HARI JADI EMAK




Allah selamatkan emak
Allah selamatkan emak
Allah selamatkan emak kami
Allah selamatkan emak





blueberry cake taw
EMAK SELAMAT HARI JADI. moga2 emak sentiase dapat keredaan dan perlindungan dari yang Maha Kuasa dalam kehidupan mak. i wish u in happy life always. i hope i can see your smile everyday. MAK i love u so much. 



there is nothing can replace your love and my love in this world. well, it's true right. aku sayang mak. mak sayang aku. hihihihi......(masuk bakul, angkat sendiri je nampak gayenye). tapi aku nak bagitau yang kalau mak kita x sayangkan kita, for sure kita x kan lahir atau dapat terus hidup kat dunia nie. why don't u all try to think? cuba kita ingat kasih dan sayang yang mak kita curahkan dari hari kita lahir sampai lah sekarang nie. friends, don't forget the pain that our mother had go throuh to deliver us into this world. 





tapi, tipu la kalau aku cuba katakan yang aku x pernah kene marah hatta sikit pon (lebih2 lagi aku ni suka putar belitkan ape yang mak cakap or suruh buat keje........hehehehehe). selalu kene cubit + piat telinge lagi taw. tapi kan orang dulu2 ade cakap yang marah tu tandenye sayang. so, memang kompem la yang mak sayang aku kan. hehehehe..........  >_<


~ SPECIAL FOR MY BELOVED EMAK