Tuesday 17 March 2015

random spill





Bukak mata, tutup mata, pergi kelas, balik kelas, keluar dengan member, movie, bowling tup..tup..... dah masyk tahun akhir aku kat bumi upm, serdang ni. Rasa macam baru lagi aku tersesat cari kelas kuliah. Haha. Secara tak langsung title super duper senior dapat la aku rasa bila menghadap junior2. Dah tinggal semester terakhir ni buat aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai student upm. As if, I wish that I can turn back the time. (sentimental pulak)

Tak apa lah. Yang penting sekarang, aku nak enjoy to the fullest my left time here. Aku nak tru semua benda yang boleh aku join selagi belum grad ni. 

Sempena untuk merealisasikan pelan aku tu, aku join sukan interkolej kat upm ni. Tiap2 tahun aku join 2-3 game tapi tak adalah masuk tiap2 tahun. Cuma satu game ni aku join tiap2 tahun sepanjang aku kat upm ni. BADMINTON. walaupun aku tak sehebat mana tapi aku enjoy game ni. Bila aku dapat main, aku rasa puas dan memang confirm keluar peluh lencun bak hang. Haha.




p/s: raket adalah pinjaman daripada kolej tersayang.

Saturday 14 February 2015

persoalan nurani

resah hati datang kembali
kembali  bersama persoalan
apakah hasrat hatiku dalam kehidupan
apa yang ingin aku cari dan cari
untuk kepuasan nurani
usah tanyakan masa mendatang
sedangkan kini aku dilanda kebingungan
apa jalan yang perlu aku lalui
untuk menemui apa yang aku dambakan

detik yang berlalu kian pergi
namun.....
aku masih dalam kotak kegelapan yang sama
tanpa cahaya yang mampu menyilaukan pandangan
aku semakin tenggelam dalam diriku sendiri
makin sukar untuk menggapai permukaan
yang bisa buat aku berpaut
yang menjadi tebing aku untuk berpaut
daripada terus tenggelam dalam kegelapan

semakin lama aku berjalan
semakin celaru pemikiranku
apakah aku melalui liku jalan yang berlainan
yang jauh tersimpang dari diri ku yang sebenar
adakah itu sebabnya aku semakin bingung
bingung dalam menacari hala tuju hidupku

masih banyak permainan minda yang  berputaran
di dalam minda
cuba mencari jalan keluar
dari benak fikiran aku ini
namun aku masih tidak nampak
jalan keluar yang mampu menyelesaikan
semua persoalan yang semakin mengaburi
pandangan mindaku saban hari



namun aku harus bangkit
daripada kegelapan menuju cahaya
yang mampu memberi  jawapan
kepada kehidupan yang akan aku tempuhi

p/s: pantang menyerah sebelum ajal





Sunday 29 September 2013

jauh berjalan, luas pemandangan, timba pengalaman

as salam.
dah lama aku x jenguk dan luangkan masa untuk layan blogging ni. in shaa allah lepas ni, aku ada chance balik untuk menyemakkan blog aku dengan entries aku yang bakal mendatang. well, alhamdulillah aku dah x jadi orang penting dekat kolej boleh la aku layan blogging ni balik.

berbalik pada tajuk entry aku kali ni, 'JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, TIMBA PENGALAMAN'. pepatah ni memang sangat sesuai untuk pengalaman aku hari jumaat lepas. memandangkan hari jumaat aku x ada kuliah, aku ambil peluang ni untuk cari barang dekat plaza low yatt. tak kuasa aku nak redah lautan manusia time weekend. for looking the best price aku x kisah kena jalan jauh sikit. tapi x adalah jauh sangat dari upm ni.

aku dengan kawan aku decide untuk guna aje public transport.
upm (bus) ----------> ktm serdang
ktm serdang --------> kl sentral
kl sentral ------------> bukit bintang (monorail)
jalan kaki -----------> plaza low yatt
* just took around 1and 1/2 hr to reach our destination
 tak payah pening2 kepala nak cari kereta sewa, bayar tol or parking and etc...

actually ada juga HIKMAHnya aku naik public transport kali. aku dapat tengok pemandangan dari side view yang berbeza. aku dapat tengok karenah dan fiil2 manusia sepanjang perjalanan aku yang dah lama aku x nampak. sejujurnya, aku dapat belajar tentang human behavior and attitude yang dah lama aku tak guna. nampak sangat yang attitude aku tentang menolong orang yang lebih lemah dari aku still at the lowest level. 

aku jadi MALU bila kawan aku (yang berlainan bangsa dan agama) cerita pengalaman dia tolong seorang pakcik oku ni. dia cerita yang dia tolong pakcik ni melintas jalan sampai lah tolong bawak pakcik ni ke kl sentral (ktm) until dia tolong belikan tiket untuk pakcik tu. padahal tempat dia tolong pakcik tu dah dekat sangat dengan tempat yang dia nak pergi. aku terdetik dalam hati, 'Pernah ke dalam seumur hidup aku beri pertolongan kepada orang yang memerlukan sampai tahap macam tu?' dan hati dan fikiran aku cepat jer jawab 'TAK PERNAH LANGSUNG.' what a shame.

selama 21 tahun aku hidup, tak pernah aku luangkan masa aku umtuk tolong orang yang memerlukan dalam situasi macam ni. yang aku tahu, asal aku cepat sampai dahla. paling2 pun just terdetik dalam hati, 'tak ada orang nak tolong ke orang yang susah tu?'. padahal aku lupa sebagai hamba-Nya, aku jarang gunakan nikmat yang ada untuk membantu orang lain. bukan je aku rasa malu dekat kawan aku, tapi dekat diri sendiri yang selalu lebih pentingkan diri sendiri.

kadang2 kita jadi lupa dengan nikmat yang kita ada bila kita tengok ada orang yang lebih berkemampuan dari kita. padahal lebih ramai orang yang kat luar sana ada yang lebih memerlukan. sebenarnya hidayah dan keinsafan tu bukan je datang dari kawan2 yang seagama atau yang sebangsa dengan kita, padahal hidayah dan keinsafan tu ada je kat mana-mana tanpa kira masa dan tempat.

p/s: still much things to learn and to discover...in shaa allah

Friday 10 May 2013

need time 2 rethink

as salam....
yupp aku perlukan masa untuk fikirkan balik apa yang aku dah buat sepanjang sem ni. seriously i'm getting worst from last sem. as a prove, dalam sem ni je aku dah FAIL for 2 subjects berturut-turut dalam test. 1st n the 2nd test. what a shame. what have i done to myself. not once but twice in a sem. maybe ada orang yang akan kata "normal la tu" or "tu pon nak kecoh" but for me, it had affect me mind, soul, n body. aku rasa tak bersemangat macam selalu n felt like a loser. why other people can but i can't?

aku kena duduk tenangkan fikiran n jiwa aku yang tengah serabut ni dulu dari segala macam benda yang tengah macam roller coster. kekadang aku tercabar tapi salute dengan manusia2 yang mampu handle segala macam benda tapi result gempak n excellent. masa bila diorang dapat carik masa untuk study time2 sibuk dengan segala benda yang diorang kena handle tu. diorang ni memang natural genius or hardworking genius? sumpah aku rasa tercabar.

tapi dah tersurat dan tersirat yang aku ni cuma manusia biasa. x sedar dengan takat kemampuan diri. aku jadi lupa diri dengan pencapaian yang x seberapa. leka, lalai yang aku perlukan effort yang lebih dari yang lain2. see...its my own fault but i'm still want to put all those blame to the others. wake up man. u need to do something to revive n improvise. don't let this thing drag u to the bottom kay. find the key to open the door of excellent.

p/s: just can't wait for 23/05/13 night.....in shaa allah big stone from ur shoulder will be remove away n u can think clearly like the clear water n sky.

Sunday 22 July 2012

HOMIE...

semua orang ada tempat tinggal tetap a.k.a. RUMAH @ HOME or what so ever called they wanted. aku just nak write a short about my home. Well, nothing much that i can more about my home but what i'm really sure is, I TOTALLY LOVE MY HOME!!!! hehehe. rumah aku x de la besar or bertingkat-tingkat cam istana tu sume. cume setingkat jer but i enjoying live inside it









laman rumah aku time senja






gambar rumah aku a few years back...







aku suke duduk kat environment kampung coz ada banyak pokok







~ since en. rajin x datang menjengah, sampai sini jela for this time kay   (^^,)v

Wednesday 11 July 2012

Scouting



Scouting a.k.a. berpengakap sebenarnya aktiviti yang paling aku minat giler time sekolah dulu. Especially time sekolah menengah. Memang banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat bila join aktiviti2 pengakap...camping, masakan rimba, pioneering, xpdc and so much more. Seriously, semua pengalaman dan memori time aku scouting x kan aku lupe....(insya'allah).

this time, aku just bagitau secara random + ringkas antara aktiviti yang pernah aku go through sepanjang perjalanan aku untuk achieve title "Pengakap Raja" negeri selangor. Kalau encik rajin datang melawat aku, insya'allah aku bagi detail punye...hehehe.


aku nak share pengalaman aku time XPDC dari Kuala Kubu, Selangor ke Bukit Fraser.this XPDC we were not travel by bus or bicyclr but all of us had to WALK. yupp berjalan dari kuala kubu ssehingga ke Bukit Fraser. Sejujurna memang amat memenatkan...tapi memang satu kepuasan bagi diri aku. X pernah seumur hidup aku ( betul2 time aku baru abes SPM) kene jalan lebih dari 40 kilometer. time memule dengar pasal ujian nie, rase macam gile pon ada. pengalaman baru buat aku, sebab kitaorang berjalan sambil bawak tongkat taw. But in order to become a scout king it is nothing. bak kata tagline 'Nothing is imposible'. 



--------------->  gambar2 xtvt sebagai bukti






antara check-point wajib time kat kuala kubu bharu






kawad tongkat masa pagi (bentuk ladam kuda)







time nie..kitaorang berhenti kat empangan air selangor
~ kene masak sendiri kot





next pit-stop untuk berehat
SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING






kat tepi jalan pun kitaorang kene melapor kat pemimpin yang bertugas







semakin hampir ke destinasi yang dituju







map bukit fraser








my group !!!!!





muka2 yang happening lepas xpdc




rase puas yang teramat sangat lepas xpdc




nie antara pengalaman yang x kan dapat aku lupe sepanjang hidup. tired but enjoyed. satu kepuasan yang x dapat aku ungkapkan untuk gambarkan perasaan aku lepas berjaya habiskan xpdc kitaorang nie. kepuasan yang paling hebat pernah aku rase sepanjang hidup aku.


~forever scouting.............




Tuesday 29 May 2012

i'm back

As salam.......
Da berbulan-bulan aku tak update entry...hehehehe (^^). bukannyer MALAS tapi tak berkesempatan nak update. Bukan aku nak kata yang aku ni sibuk, tapi tulah REALITI nyer. lebih2 lagi bila dah masuk sem 2 nie makin menjadi-jadi kesibukan yang melanda diri aku nie. sampaikan nak BERSUKA-RIA macam sem lepas pon x dapat......grrrrr  [@..@]'. jangan ingat yang aku dah berhenti blogging okay. nilah cara aku nak release TENSION selain cerite kat orang lain. Mungkin aku ni jenis yang susah nak cerite ape kat dalam hati. Bukan tak percaye dengan kawan2....tapi mungkin aku rase aku tak yahlah nak tambahkan lagi masalah yang sedia ada kawan2 aku....ermmm...nice tu be alive again..hahaha