Tuesday 17 March 2015

random spill





Bukak mata, tutup mata, pergi kelas, balik kelas, keluar dengan member, movie, bowling tup..tup..... dah masyk tahun akhir aku kat bumi upm, serdang ni. Rasa macam baru lagi aku tersesat cari kelas kuliah. Haha. Secara tak langsung title super duper senior dapat la aku rasa bila menghadap junior2. Dah tinggal semester terakhir ni buat aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai student upm. As if, I wish that I can turn back the time. (sentimental pulak)

Tak apa lah. Yang penting sekarang, aku nak enjoy to the fullest my left time here. Aku nak tru semua benda yang boleh aku join selagi belum grad ni. 

Sempena untuk merealisasikan pelan aku tu, aku join sukan interkolej kat upm ni. Tiap2 tahun aku join 2-3 game tapi tak adalah masuk tiap2 tahun. Cuma satu game ni aku join tiap2 tahun sepanjang aku kat upm ni. BADMINTON. walaupun aku tak sehebat mana tapi aku enjoy game ni. Bila aku dapat main, aku rasa puas dan memang confirm keluar peluh lencun bak hang. Haha.




p/s: raket adalah pinjaman daripada kolej tersayang.

No comments:

Post a Comment