Sunday 29 September 2013

jauh berjalan, luas pemandangan, timba pengalaman

as salam.
dah lama aku x jenguk dan luangkan masa untuk layan blogging ni. in shaa allah lepas ni, aku ada chance balik untuk menyemakkan blog aku dengan entries aku yang bakal mendatang. well, alhamdulillah aku dah x jadi orang penting dekat kolej boleh la aku layan blogging ni balik.

berbalik pada tajuk entry aku kali ni, 'JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, TIMBA PENGALAMAN'. pepatah ni memang sangat sesuai untuk pengalaman aku hari jumaat lepas. memandangkan hari jumaat aku x ada kuliah, aku ambil peluang ni untuk cari barang dekat plaza low yatt. tak kuasa aku nak redah lautan manusia time weekend. for looking the best price aku x kisah kena jalan jauh sikit. tapi x adalah jauh sangat dari upm ni.

aku dengan kawan aku decide untuk guna aje public transport.
upm (bus) ----------> ktm serdang
ktm serdang --------> kl sentral
kl sentral ------------> bukit bintang (monorail)
jalan kaki -----------> plaza low yatt
* just took around 1and 1/2 hr to reach our destination
 tak payah pening2 kepala nak cari kereta sewa, bayar tol or parking and etc...

actually ada juga HIKMAHnya aku naik public transport kali. aku dapat tengok pemandangan dari side view yang berbeza. aku dapat tengok karenah dan fiil2 manusia sepanjang perjalanan aku yang dah lama aku x nampak. sejujurnya, aku dapat belajar tentang human behavior and attitude yang dah lama aku tak guna. nampak sangat yang attitude aku tentang menolong orang yang lebih lemah dari aku still at the lowest level. 

aku jadi MALU bila kawan aku (yang berlainan bangsa dan agama) cerita pengalaman dia tolong seorang pakcik oku ni. dia cerita yang dia tolong pakcik ni melintas jalan sampai lah tolong bawak pakcik ni ke kl sentral (ktm) until dia tolong belikan tiket untuk pakcik tu. padahal tempat dia tolong pakcik tu dah dekat sangat dengan tempat yang dia nak pergi. aku terdetik dalam hati, 'Pernah ke dalam seumur hidup aku beri pertolongan kepada orang yang memerlukan sampai tahap macam tu?' dan hati dan fikiran aku cepat jer jawab 'TAK PERNAH LANGSUNG.' what a shame.

selama 21 tahun aku hidup, tak pernah aku luangkan masa aku umtuk tolong orang yang memerlukan dalam situasi macam ni. yang aku tahu, asal aku cepat sampai dahla. paling2 pun just terdetik dalam hati, 'tak ada orang nak tolong ke orang yang susah tu?'. padahal aku lupa sebagai hamba-Nya, aku jarang gunakan nikmat yang ada untuk membantu orang lain. bukan je aku rasa malu dekat kawan aku, tapi dekat diri sendiri yang selalu lebih pentingkan diri sendiri.

kadang2 kita jadi lupa dengan nikmat yang kita ada bila kita tengok ada orang yang lebih berkemampuan dari kita. padahal lebih ramai orang yang kat luar sana ada yang lebih memerlukan. sebenarnya hidayah dan keinsafan tu bukan je datang dari kawan2 yang seagama atau yang sebangsa dengan kita, padahal hidayah dan keinsafan tu ada je kat mana-mana tanpa kira masa dan tempat.

p/s: still much things to learn and to discover...in shaa allah

Friday 10 May 2013

need time 2 rethink

as salam....
yupp aku perlukan masa untuk fikirkan balik apa yang aku dah buat sepanjang sem ni. seriously i'm getting worst from last sem. as a prove, dalam sem ni je aku dah FAIL for 2 subjects berturut-turut dalam test. 1st n the 2nd test. what a shame. what have i done to myself. not once but twice in a sem. maybe ada orang yang akan kata "normal la tu" or "tu pon nak kecoh" but for me, it had affect me mind, soul, n body. aku rasa tak bersemangat macam selalu n felt like a loser. why other people can but i can't?

aku kena duduk tenangkan fikiran n jiwa aku yang tengah serabut ni dulu dari segala macam benda yang tengah macam roller coster. kekadang aku tercabar tapi salute dengan manusia2 yang mampu handle segala macam benda tapi result gempak n excellent. masa bila diorang dapat carik masa untuk study time2 sibuk dengan segala benda yang diorang kena handle tu. diorang ni memang natural genius or hardworking genius? sumpah aku rasa tercabar.

tapi dah tersurat dan tersirat yang aku ni cuma manusia biasa. x sedar dengan takat kemampuan diri. aku jadi lupa diri dengan pencapaian yang x seberapa. leka, lalai yang aku perlukan effort yang lebih dari yang lain2. see...its my own fault but i'm still want to put all those blame to the others. wake up man. u need to do something to revive n improvise. don't let this thing drag u to the bottom kay. find the key to open the door of excellent.

p/s: just can't wait for 23/05/13 night.....in shaa allah big stone from ur shoulder will be remove away n u can think clearly like the clear water n sky.