Sunday 29 September 2013

jauh berjalan, luas pemandangan, timba pengalaman

as salam.
dah lama aku x jenguk dan luangkan masa untuk layan blogging ni. in shaa allah lepas ni, aku ada chance balik untuk menyemakkan blog aku dengan entries aku yang bakal mendatang. well, alhamdulillah aku dah x jadi orang penting dekat kolej boleh la aku layan blogging ni balik.

berbalik pada tajuk entry aku kali ni, 'JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, TIMBA PENGALAMAN'. pepatah ni memang sangat sesuai untuk pengalaman aku hari jumaat lepas. memandangkan hari jumaat aku x ada kuliah, aku ambil peluang ni untuk cari barang dekat plaza low yatt. tak kuasa aku nak redah lautan manusia time weekend. for looking the best price aku x kisah kena jalan jauh sikit. tapi x adalah jauh sangat dari upm ni.

aku dengan kawan aku decide untuk guna aje public transport.
upm (bus) ----------> ktm serdang
ktm serdang --------> kl sentral
kl sentral ------------> bukit bintang (monorail)
jalan kaki -----------> plaza low yatt
* just took around 1and 1/2 hr to reach our destination
 tak payah pening2 kepala nak cari kereta sewa, bayar tol or parking and etc...

actually ada juga HIKMAHnya aku naik public transport kali. aku dapat tengok pemandangan dari side view yang berbeza. aku dapat tengok karenah dan fiil2 manusia sepanjang perjalanan aku yang dah lama aku x nampak. sejujurnya, aku dapat belajar tentang human behavior and attitude yang dah lama aku tak guna. nampak sangat yang attitude aku tentang menolong orang yang lebih lemah dari aku still at the lowest level. 

aku jadi MALU bila kawan aku (yang berlainan bangsa dan agama) cerita pengalaman dia tolong seorang pakcik oku ni. dia cerita yang dia tolong pakcik ni melintas jalan sampai lah tolong bawak pakcik ni ke kl sentral (ktm) until dia tolong belikan tiket untuk pakcik tu. padahal tempat dia tolong pakcik tu dah dekat sangat dengan tempat yang dia nak pergi. aku terdetik dalam hati, 'Pernah ke dalam seumur hidup aku beri pertolongan kepada orang yang memerlukan sampai tahap macam tu?' dan hati dan fikiran aku cepat jer jawab 'TAK PERNAH LANGSUNG.' what a shame.

selama 21 tahun aku hidup, tak pernah aku luangkan masa aku umtuk tolong orang yang memerlukan dalam situasi macam ni. yang aku tahu, asal aku cepat sampai dahla. paling2 pun just terdetik dalam hati, 'tak ada orang nak tolong ke orang yang susah tu?'. padahal aku lupa sebagai hamba-Nya, aku jarang gunakan nikmat yang ada untuk membantu orang lain. bukan je aku rasa malu dekat kawan aku, tapi dekat diri sendiri yang selalu lebih pentingkan diri sendiri.

kadang2 kita jadi lupa dengan nikmat yang kita ada bila kita tengok ada orang yang lebih berkemampuan dari kita. padahal lebih ramai orang yang kat luar sana ada yang lebih memerlukan. sebenarnya hidayah dan keinsafan tu bukan je datang dari kawan2 yang seagama atau yang sebangsa dengan kita, padahal hidayah dan keinsafan tu ada je kat mana-mana tanpa kira masa dan tempat.

p/s: still much things to learn and to discover...in shaa allah

No comments:

Post a Comment