Tuesday 17 March 2015

random spill





Bukak mata, tutup mata, pergi kelas, balik kelas, keluar dengan member, movie, bowling tup..tup..... dah masyk tahun akhir aku kat bumi upm, serdang ni. Rasa macam baru lagi aku tersesat cari kelas kuliah. Haha. Secara tak langsung title super duper senior dapat la aku rasa bila menghadap junior2. Dah tinggal semester terakhir ni buat aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai student upm. As if, I wish that I can turn back the time. (sentimental pulak)

Tak apa lah. Yang penting sekarang, aku nak enjoy to the fullest my left time here. Aku nak tru semua benda yang boleh aku join selagi belum grad ni. 

Sempena untuk merealisasikan pelan aku tu, aku join sukan interkolej kat upm ni. Tiap2 tahun aku join 2-3 game tapi tak adalah masuk tiap2 tahun. Cuma satu game ni aku join tiap2 tahun sepanjang aku kat upm ni. BADMINTON. walaupun aku tak sehebat mana tapi aku enjoy game ni. Bila aku dapat main, aku rasa puas dan memang confirm keluar peluh lencun bak hang. Haha.




p/s: raket adalah pinjaman daripada kolej tersayang.

Saturday 14 February 2015

persoalan nurani

resah hati datang kembali
kembali  bersama persoalan
apakah hasrat hatiku dalam kehidupan
apa yang ingin aku cari dan cari
untuk kepuasan nurani
usah tanyakan masa mendatang
sedangkan kini aku dilanda kebingungan
apa jalan yang perlu aku lalui
untuk menemui apa yang aku dambakan

detik yang berlalu kian pergi
namun.....
aku masih dalam kotak kegelapan yang sama
tanpa cahaya yang mampu menyilaukan pandangan
aku semakin tenggelam dalam diriku sendiri
makin sukar untuk menggapai permukaan
yang bisa buat aku berpaut
yang menjadi tebing aku untuk berpaut
daripada terus tenggelam dalam kegelapan

semakin lama aku berjalan
semakin celaru pemikiranku
apakah aku melalui liku jalan yang berlainan
yang jauh tersimpang dari diri ku yang sebenar
adakah itu sebabnya aku semakin bingung
bingung dalam menacari hala tuju hidupku

masih banyak permainan minda yang  berputaran
di dalam minda
cuba mencari jalan keluar
dari benak fikiran aku ini
namun aku masih tidak nampak
jalan keluar yang mampu menyelesaikan
semua persoalan yang semakin mengaburi
pandangan mindaku saban hari



namun aku harus bangkit
daripada kegelapan menuju cahaya
yang mampu memberi  jawapan
kepada kehidupan yang akan aku tempuhi

p/s: pantang menyerah sebelum ajal