Monday, 7 November 2011

new level in life

alhamdulillah umur aku still panjang lagi. rasenye dah lame giler x update post baru kot. satu sebab kemalasan melanda diri + kesibukan yang menghambat aku tekejar-kejar nak settlekan something for my future. Insyaallah aku akan berusaha mengejar bekalan ilmu di dunia dan jugak di akhirat harapnye.

actually aku rase yang aku dah up satu level lagi dalam hidup. dapat jejakkan kaki kat universiti which means aku diterima masuk oleh pihak UPM. alhamdulillah.........kekawan pon same. masing2 ade rezeki diorang kat uni laen2. whether dlm atau luar negara ade yg dpt. kat malaysia nie ada yg dapat tawaran UPM (aku la tu....hehehehe),UM, UKM, UiTM, UMP, UniMAP even UniMAS pun ada. Yang kat overseas tu ada yang tercampak kat mesir, uk, rusia pun ada beb.

aku rase bangga bukan je untuk diri sendiri but also for all my friends yang berjaya jejakkan kaki kat menara gading. aku harap yang aku x kan lupa diri kat uni nanti. aku x nak jadi seorang manusia yang mudah lupa daratan dan tak mengamalkan hidup yang berlandaskan syariat agama. AMIN......

Monday, 8 August 2011

froggy day




semalam aku ade misi bersih-membersih. ni semua gara2 aku terbau bau yang kureng kat hidung aku yang serba sensitif ni. punye la aku dok usyar carik dari mane bau tue. tapi x jumpa. tue yang buat aku adakan misi membersih. dan2 aku jumpe kat celah almari ngan rak aku. adoyai...... x pasal2 aku tukar position2 perabot dalam bilik aku.

mission aku start after suboh (sbenarnye aku x ley tido balek cozt laz night aku minum kopi overdose...hehehehe). aku start keluarkan segala 'khazanah' yang bertapak dalam bilik. kaya jugak aku erk.....kaya ngan buku n paper..hahahahaha. jenuh aku. luckily by 10 morning, i'm done with those stuff





tapi yang buat aku pening + panas hati, aku jumpe lagi 'froggy  dropping' yang pada kadar pengamatan aku yang boleh dikatakan fresh lagi. BENGANG GILER!!!!!!! pening kepala aku nak bersihkan. nasib baek mak cuti hari ni. aku pon tanye la camner nak bersihkan  taik froggy. tapi yang kene bersihkan still aku la. dah nasib badan!



korang mesti pelik camner froggy boleh masukkat bilik aku kan. sebenarnya, lepas habis matrik hari tue, aku kene pindah dari bilik aku yang asal tue ----------> bilik kat belakang. sebab kakak aku nak kawen. lebih tepat aku cakap kat dapur. rumah aku dahla rumah kampung. so, faham2 jelah bile pintu belakang tue terbukak je froggy suke suki je masuk. lebih teruk lagi bile pintu bilik aku tu terlopong x tutup memang kasi chance kat froggy suruh masok la.



alhamdulillah, selesai gak kemas bilik. tapi pinggang ni macam nakpatah pun ade. nyela aku angkat bebarang aku tu bukannye ringan2 semuanye. BERAT adela. and now aku ade buat rule baru tok froggy.


NO ENTER FOR FROGGY

Wednesday, 3 August 2011

random spill




hari ni jiwa ku tidak tenang
teringatkan perasaan ku yang hilang
mencari kehilangan dalam pemikiran
apakah yang ku kehilangan?

adakah aku hamba yang lemah?
adakah aku hamba yang lalai?
adakah aku hamba yang zalim?
adakah aku sebegini hanyut dari reda-Mu Ya Allah

aku resah lagi gelisah
mencari kepastian dan pengertian kehidupan
acap kali ku bertanya pada diri
adakah aku di landasan keredaan-Mu

dalam tidur maupun jaga
ku tercari-cari sinar dan cahaya Mu
bahkan ku pohon hidayah dari Mu
agar ku menjadi muslim yang sejati

Ya Rabbi berilah ku kekuatan
menempuhi hidup dengan penuh ketenangan
diiringi keredaan mahupun keikhlasan
di atas segala pinjaman yang Engkau kurniakan
  ke atas diri kerdilku ini



AMIN..........

Tuesday, 26 July 2011

selsema datang melawat aku

dek cuaca yang kejap panas, kejap mendung dan tetiba je hujan.......finally selsema datang jengah aku. dahla kalau aku kena bukan sekejap, mau dekat seminggu (rekod yang paling lama sampai dekat 2 minggu aku befriend dengan selsema). haih......antibodi aku ni tengah low n slow ke? 


   SAKIT TEKAK + BATUK + DEMAM   
----------> SELSEMA  

dan aku sure korang pon mesti pernah rasa atau alami salah satu simptom2 yang kat atas nie kan.......tipu lah kalau x pernah  (x kan lah antibodi korang sentiasa at high level kan????) IMPOSSIBLE kalau x pernah kena.

aku nak share info2 yang ciput pasal selseme even aku taw korang lagi pakar dari aku.  HAHAHAHA





demam selsema :

-----------> biasa terjadi dekat penduduk yang tinggal kat negara2 beriklim panas atau sejuk (sejuk ke malaysia nie....hehehehe) *negara kita kan iklim dia panas dan lembap sepanjang tahun   

----------->kalau dah pernah alami, imunisasi badan akan meningkat dan store memori pasal selsema....tapi nyeke? asal aku banyak kali kena je   

*mybe ada orang yang akan lebih teruk kalau selalu exposed dengan air-cond......dan akulah salah seorang yang akan jadi macam tu   


 


simptom :
  • sakit tekak atau korang rasa tekak korang kering sehari atau lebih before selseme   
  • hidung berair- hingus cair korang dah start keluar dan akan pekat pastu....hehehehe    
  • hidung tersumbat.......susah nak nafas kasi oxygen masuk (macam aku sekarang nie)  
  • bersin2 yang akan legakan rongga2 - tapi aku bersin mau satu rumah dengar   
  • batuk   
  • suara orang akan jadi 'rock n roll'   




langkah2 pencegahan :


~ antara cara nak elakkan  
  • sentiasa basuh tangan lepas buat apa2 kerja.....especially sebelum makan   
  • elak gosok mata dengan tangan yang kotor  
  • jauhkan diri dari orang yang hidap selsema @ batuk @bersin    
  • jangan biarkan diri kesejukan atau letih melampau. dapat rehat yang secukupnya    
  • jangan gigit kuku    
  • pastikan air dalam badan secukupnya. minum 8 gelas air @ 2.5 liter SEHARI    



~semasa selsema  
  • tutup mulut semasa batuk atau bersin    
  • lap hidung dan mulut guna tisu dan buang dengan cermat supaya orang lain x kena    
  • jauhi diri dari tempat yang ramai orang    
  • jangan merokok - perokok lebih cenderung dapat demam yang lebih teruk     
  • jauhi alkohol - alkohol melemahkan keupayaan badan fight virus selsema


*aku cedok info2 nie dari internet...kalau simptom2 melarat jangan segan2 jumpe dengan doktor kay 

Sunday, 24 July 2011

aku kena virus HITMAN REBORN






watak utama dalam story nie
tsuna & reborn



sepanjang aku duduk kat rumah nie bukan je goyang aku kay. tapi ada bende2 lain yg aku buat tok buang masa aku yang berlambak-lambak nie.......hehehehehe (memang bukan untuk dicontohi). well, aku dah tengok naruto, blue dragon, dragon ball,eye shield 21 n etc.....(x cukop nk listkan). right now, aku tengah musim HITMAN REBORN. walaupon karton ni dah lame keluar tapi baru sekarang aku minat. benda lame pon best ape. aku malas nak taip pepanjang. so, aku just upload gambar je



Saturday, 16 July 2011

life after schoolage

alhamdulillah, result upu dah keluar. semua da dapat tahu uni mana yang terima dan course ape yang bakal kita ambil untuk september nanti. schooldays is over and same goes to matric life. sekarang ni, matlamat baru yang akan menjengah kita adalah kehidupan sebagai student uni. i wish that all of us can prepare oly physically but mentally as well. dan pada masa akan datang jangan la kita semua just take care 'bout study only, tapi seiring dengan pengisian rohani.

ini bukan untuk certain people, but that including myself. dan kepada kekawan yang lain, sentiassa la kita ingat dan nasihat antara kita. sesungguhnya manusia perlu menyokong antara satu sama lain. jangan takut untuk nasihatkan kekawan kita (especially me yang sentiasa perlukan orang lain untuk bagitahu kelemahan diri). insya'allah kita akan jadi student yang terbaik dunia daan akhirat.

~ nak buat persedian diri untuk jadi student cemerlang yg lengkap dengan rohani sekali dalam satu pakej

Friday, 1 July 2011

SELAMAT HARI JADI EMAK




Allah selamatkan emak
Allah selamatkan emak
Allah selamatkan emak kami
Allah selamatkan emak





blueberry cake taw
EMAK SELAMAT HARI JADI. moga2 emak sentiase dapat keredaan dan perlindungan dari yang Maha Kuasa dalam kehidupan mak. i wish u in happy life always. i hope i can see your smile everyday. MAK i love u so much. 



there is nothing can replace your love and my love in this world. well, it's true right. aku sayang mak. mak sayang aku. hihihihi......(masuk bakul, angkat sendiri je nampak gayenye). tapi aku nak bagitau yang kalau mak kita x sayangkan kita, for sure kita x kan lahir atau dapat terus hidup kat dunia nie. why don't u all try to think? cuba kita ingat kasih dan sayang yang mak kita curahkan dari hari kita lahir sampai lah sekarang nie. friends, don't forget the pain that our mother had go throuh to deliver us into this world. 





tapi, tipu la kalau aku cuba katakan yang aku x pernah kene marah hatta sikit pon (lebih2 lagi aku ni suka putar belitkan ape yang mak cakap or suruh buat keje........hehehehehe). selalu kene cubit + piat telinge lagi taw. tapi kan orang dulu2 ade cakap yang marah tu tandenye sayang. so, memang kompem la yang mak sayang aku kan. hehehehe..........  >_<


~ SPECIAL FOR MY BELOVED EMAK