Wednesday, 15 June 2011

kehendak siapa?

siapa kata yang hidup kita ni, kita yang tentukan semuanya? ada tak yang korang fikir sepanjang hidup korang ni ada orang yang rancangkan? siapa? figure out yourself kay. for me, setakat ni;
  1. mak (merangkap menteri + perancang kewangan family)
  2. ayah (macam hakim sebab x boleh bantah keputusan dia.......agak2nya kot)
  3. adik-beradik (especially my fussy abang)
  4. kekawan (cume geng yang boleh masuk je. yang gedik aku tolak tepi longkang......HAHAHAHA)
  5. cecikgu (last sekali coz aku malu + malas nak jumpa.........hehehehe)




family comes first



aku rasa sepanjang 19 tahun (insyaallah....panjang lagi perjalanan aku) aku bernafas+hidup kat dunia ni, mostly aku rasa mak dengan ayah la yang paling putuskan (antaranya); 
  • apa yang patut aku buat, 
  • aku nak sekolah kat mana, 
  • nak makan apa (tapi rasanya aku yang selalu decide nak apa...hehehehe), 
  • nak buat apa time cuti( yang ni selalu mak punya cadangan dan confirm aku x boleh nak reject punya) 
* mybe korang punya lagi complicated kot dari aku



aku rasa aku dah kena start bagitau kat mak dengan ayah apa yang aku nak, apa yang aku tak nak sebab aku bukan lagi budak kecik 5 tahun yang kena ikut jer(even aku sebenarnya nakal x ingat time tu..hehehehe). aku bukan nak jadi liar memberontak, tapi just nak voice out apa kehendak aku. tapi mesti la aku akan try bincang dulu apa yang aku nak buat. aku rasa la kan, aku ni anak yang paling berterus-terang dengan parent aku tau (walaupun x semua la). sebab aku kasi tau aku nak pergi mana, keluar dengan siapa, nak buat apa (memang anak soleh betul la). HAHAHAHA. well, thats me. aku rasa tak sedap hati kalau tak kasi tau kat parent. aku takut diorang risau even diorang tak kata papepon. mybe it just me that being worry too much right.



~ however, makin lame makin hairan jugak aku tengok mak sebab semakin kuat nagging kat aku. macam mana la dia larat buat tiap2 hari erk...(hairan sungguh aku). adoiyai, salah ke kalau aku nak lepak je kat rumah goyang kaki without doing anything. bagila aku bayar hutang nak lepak2 lepas habis matrik. PLEASE mak,kasihanilah anakmu ini. padahal kat matrik pun sama (sebab tu result cukup2 makan je). tapi tulah mak kan. memang lumrah la kalau mak2 ni kuat membebel (jangan marah arr...).




*apa2 pun, setiap keputusan yang kita kena buat dalam hidup ni mesti kita plan bebetul dulu baik buruknya dalam jangka masa pendek dan panjang. yang paling penting, mintak pendapat orang lain dan yang lebih terror kay.






1 comment:

  1. well, memg susah kalau kita just duduk kat rumah goyang kaki jer. aku kompem lg konfiden yg mak aku sure akan kasi fire(of coz ngn bebelan) kat aku punya la [@_@]'

    ReplyDelete